Sunday 24 July 2011

logam perak

1. apa kajian yang dilakukan?
- perak sejenis logam yang berunsur kimia yang mempunyai simbol Ag dan atom bernombor 47.
- berwarna putih berkilau dab sejenis logam peralihan.

2. kenapa kajian dilakukan?
- permintaan dari orang ramai.
- perak lebih bernilai dan berharga berbanding matawang
- perak wujud secara semulajadi dalam bentuk tulen (perak asli) tetapi boleh juga diperoleh dalam sebatian aloi dan emas (elektrum) atau dalam pelbagai jenis mineral (argentit).
-ditemui daripada hasil sampingan perlombongan tembaga, emas, plumbum  dan zink.
- digunakan untuk barang-barang perhiasan, barang kemas, perkakasan dan duit syiling.
- pada masa kini, logam perak digunakan sebagai pengalir arus elektrik.
- filem fotografi menggunakan sebatian perak. larutan cair argentum nitrat dan sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyahjangkit.

3. bagaimana ia dilaksanakan?
- forex merupakan salah satu kaedah transaksi yang memperdagangkan perak, beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
- kita boleh memperdagangkan perak menggunakan transaksi ini serta memperolah keuntungan sama  ada sedikit atau berlipat kali ganda.
- forex merupakan pelaburan yang paling popular tetapi mempunyai risiko yang tinggi jika tidak mempunyai penegetahuan yang cukup.
- kita boleh membeli sama ada syiling perak ( di jual di kelantan ) atau barang perhiasan yang diperbuat daripada perak untuk dijadikan aset  dan simpanan semasa ekonomi  yang bakal jatuh.

4. apa yang diperoleh?
- perak dijual semasa ekonomi jatuh.
- suatu hari nanti, wang kertas tidak akan bernilai lg dan diganti dengan emas dan perak.
- boleh di jual dengan harga yang tinggi.

5. bagaimana ia memberi makna?
- perak mempunyai potensi yang tinggi.
- kenaikan harga logam perak sebanyak 120% manakala harga emas meningkat sebanyak 40%.
- logam perak tidak mempunyai lombong khusus  berbanding emas. secara asas perak dihasilkan sebagai hasil sampingan dari bijih logam lain seperti nikel dan kuprum. pengeluaran perak lebih terhad berbanding emas.
- perkembangan teknologi menyebabkan permintaan perak meningkat. perak digunakan secara meluas dalam industri  komputer, telefon bimbit, panel solar, bidang perubatan  dan lain-lain.
- perlindungan dalam situasi krisis kewangan seperti inflasi. perak digelar 'precious metal'.
- permintaan semakin tinggi tetapi pengeluran semaikin rendah menyebabkan harga perak melambung tinggi.

No comments:

Post a Comment