Thursday 30 June 2011

QUIZ 1

1. takrifkan logam perak
    
Perak adalah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Ag (darisingkatan   tradisional dari Argentum Latin) dan nombor atom 47. Peralihan logam lembut putih berkilau, perak mempunyai aliran arus elektrik yang tinggi dan haba logam dan apa-apa berlaku dengan mineral dan dalam bentuk bebas. Logam ini digunakan dalam syiling, barang kemas pinggan mangkuk, dan fotografi. 

2. terangkan masa depan pelaburan logam perak.


Semua penyimpan, pelabur, peniaga mula memberi perhatian kepada logam perak disebabkan oleh kenaikan harga logam perak yang lebih tinggi berbanding emas. emas meningkat sebanyak 40% manakala perak meningkat sebanyak 120%.
antara faktor-faktor yang melonjakkan harga perak ialah:

i. Logam perak tidak mempunyai lombong khusus berbanding emas. Secara asasnya perak dihasilkan sebagai hasil sampingan dari bijih logam lain seperti nikel, kuprum. Maknanya pengeluaran perak adalah lebih terhad berbanding emas.

ii. Perkembangan teknologi dengan sangat pantas menyebabkan permintaan terhadap logam perak semakin meningkat. Perak digunakan secara meluas dalam industri komputer, telefon bimbit, panel solar, bidang perubatan dan lain-lain. Dalam jangka masa panjang dunia bergerak ke arah teknologi yang semakin canggih.

iii. Perlindungan dalam situasi krisis kewangan seperti inflasi. Sama seperti emas, perak juga dikategori sebagai "precious metal" dan bersifat kalis inflasi.

iv. Permintaan yang semakin meningkat. Negara China merupakan pengimport tegar emas dan perak. Bagi logam perak China mengeksport 100 juta auns perak sebelum ini dan kini China mengimport 112 juta auns. Permintaan semakin meningkat tapi bekalan semakin berkurang. kesimpulannya harga juga akan semakin naik.

3. bincangkan permintaan logam perak untuk kegunaan industri.

permintaan perak semakin meningkat bagi industri global.antaranya ialah :-

  • Telefon selular – 404.35 tan;
  • Konsumer PCs & laptop – 684.29 tan;
  • Filem tebal PV – 1,461.90 tan;
  • Automotif – 1,119.75 tan;
  • Barangan elektronik & elektrikal – 7,555.21 tan, rekod tertinggi;
  • Panel kuasa solar bagi tahun 2011 dijangka mencapai 2,177.29 tan, melonjak 40% dari 2010;
  • Tag RFID  pada  2010 mencecah antara 31 hingga 62 tan sebelum mencapai pasaran tepu untuk jangkamasa yang lebih lama lagi;
  • Komponen penulenan air menggunakan 62 tan dan dijangka menokok kepada 74.65 tan;
  • Peralatan & perkakasan perubatan meningkat kukuh permintaannya kepada 93.3 tan menjelang 2015;
  • Penggunaan logam perak secara nano dalam pembungkusan barangan yang mementingkan kebersihan (hygiene) bakal menyumbang kepada penggunaan 124.4 tan logam perak bagi tempoh 5 tahun yang mendatang.


Monday 27 June 2011

dinar dan dirham

assalamualaikum.

dinar dan dirham merupakan matawang semejak zaman rasulullah s.a.w.

dinar adalah syiling emas dan diperbuat daripada emas 22 karat(916) dan mempunyai berat seberat 4.25 gram.spekisifikasi ini telah ditetapkan oleh Umar Al-Khattab.

dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975 gram.

Khalifah Umar Al-Khattab telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
7 dinar mesti bersamaan 7 dirham.(dari segi beratnya)

1 dinar = 4.25 gram x 7 = 29.75gram
10 dirham = 29.75 gram / 10 = 2.975 gram

jadi ukurannya adalah :
1 dinar = 4.25 gram
1 dirham = 2.975 gram